the Mr Bean

Thursday, June 23, 2011



Nama Rasmi
            Institusi Pentadiran Tempatan yang saya kaji ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu atau nama ringkasnya MPKB.  Pada 20 Februari 2005, kerajaan negeri telah menetapkan hari letak kerja melahirkan Kota Bharu Bandar Raya Islam.  Pemasyhuran MPKB Bandar Raya Islam telah disempurnakan oleh Sultan Kelantan pada 27 Syaaban 1426 bersamaan 1 Oktober 2005.  Jadi nama baru yang diberikan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu ialah Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam atau nama ringkasnya MPKB-BRI.  MPKB-BRI merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 pada 1 Julai 1978 melalui pewartaan kn. P. U. 13/78. 











Lokasi
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ( MPKB-BRI ) terletak di timur laut negeri Kelantan yang mana di dalamnya terdapat bandar Kota Bharu yang menjadi ibu negeri Kelantan. 
Kawasan MPKB-BRI ini dikelilingi oleh Laut China Selatan di sebelah utaranya, Sungai Kelantan di sebelah barat, Sungai Pengkalan Datu dan Sungai Pengkalan Chepa di timur dan Daerah Pendek di selatan.  ( Rujuk peta 1 )
Dengan keluasan 44.65 batu persegi itu, kawasan pentadbiran MPKB bermula dari Laut China Selatan (utara) hingga ke Kampung Tunjung (di selatan).  Manakala di baratnya bersempadan dengan Jajahan Tumpat yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan bermula dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan hingga ke Pekan Salor. 
Di sebelah timurnya bermula dari Jambatan Pasir Tumboh dan Jambatan Wakaf Setan yang bersempadan dengan Jajahan Bachok.  Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan permohonan MPKB-BRI untuk memperluaskan kawasan pentadbirannya melibatkan pertambahan kawasan baru dengan melibatkan beberapa daerah di tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian merangkumi kawasan seluas 211 kilometer persegi.    
Kawasan-kawasan berkenaan ialah Daerah Limbat, Daerah Banggu, Daerah Sering, Daerah Kota dan Daerah Badang.  Keluasan kawasan baru di sebelah timur bermula dari Pekan Pasir Tumboh, Pekan Binjai dan Kota Jembal. 
Daripada keluasan kawasan 115.64 kilometer persegi itu, 80 peratus daripadanya merupakan kawasan operasi di mana dua kawasan tumpuan utama ialah kawasan bandar lama (11.4 kilometer persegi) dan sebahagian daripada bandar baru termasuk 115 taman perumahan. 
Pada peringkat awal semasa di bawah Lembaga Bandaran Kota Bharu, pentadbiran dan operasi majlis meliputi kawsan seluas 11.4 kilometer persegi.  Namun selepas penyusunan semula MPKB pada 1 Julai 1978 telah melibatkan pertambahan seksyen (kawasan Bandar lama) kepada 65 seksyen menjadikan jumlah keseluruhannya 115.64 kilometer persegi. (Rujuk Peta 2).
            Persempadan baru MPKB-BRI telah diwartakan pada September 2004 di mana keluasan MPKB-BRI bertambah daripada 116.24 kilometer persegi kepada 191.34 kilometer dengan pertambahan kawasan seluas 75.1 kilometer persegi. (Rujuk Peta 3). 
            Jumlah penduduk dalam kawasan MPKB-BRI dianggarkan 486,673 orang pada tahun 2005 manakala pendapatan MPKB-BRI pada tahun 2004 adalah berjumlah RM40.38 juta dengan hasil cukai sebanyak RM19.58 juta.  Meskipun pendapatan MPKB-BRI masih tidak memenuhi kelayakan bandar berstatus bandaraya, bandar Kota Bharu telah mengalami perkembangan dan pembangunan ekonomi yang pesat. 
            Pertukaran nama Majlis Perbandaran Kota Bharu kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam tidak melibatkan pertukaran taraf atau status kerana ia belum memenuhi kriteria sebuah bandar raya terutama daripada sudut pendapatan tahunan.  Namun pertukaran yang dibuat melibatkan pertukaran nama dengan kelulusan Kerajaan Negeri serta makluman melalui pewartaan.  



OBJEKTIF
·         Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun
·         Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru
·         Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan bandar
·         Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam
·         Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan program pembangunan majlis
·         Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis








Visi
            Majlis perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandar Raya Islam yang berteraskan keilmuan, kepatuhan, kebajikan, kebersihan dan kesejahteraan (5K) selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam. 


Misi
Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya. 












Carta organisasi












Senarai Pentadbir
Foto
Nama
Telefon Pejabat / Email
 YDP
Tuan Haji Nazran B Muhammad
09 748 3333
ydp@mpkb.gov.my

Setiausaha
Foto
Nama
Telefon Pejabat / Email
 Setiausaha
Tuan Haji Mohd Anis Bin Hussein
09 748 3792
setiausaha@mpkb.gov.my

Jabatan Khidmat Pengurusan
Foto
Nama Pegawai / Jawatan
Telefon Pejabat / Email
Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran
En Mohd Fauzi b Abd Rahim
Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran
09 747 2009
fauzi@mpkb.gov.my
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan
Tn. Hj. Ramly Bin Che Hussin
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan
samb:2116
ramly@mpkb.gov.my
Ketua Penolong Pengarah Taknologi Maklumat
Khairulzani b Said
Ketua Penolong Pengarah Taknologi Maklumat
samb: 2263
kbtm@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Pentadbiran
Pn Pauziah bt Ismail
Penolong Pengarah Pentadbiran
samb: 2206
pawzia@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Perkhidmatan
En Zulkarnaim B Hamzah
Penolong Pengarah Perkhidmatan
samb: 2171
zulkarnain@mpkb.gov.my

Jabatan Undang-undang
Foto
Nama Pegawai / Jawatan
Telefon Pejabat / Email
Penolong Pengarah Undang-undang
Hjh Khairiah bt Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Undang-undang
ext: 2169
khairiah@mpkb.gov.my





Jawatan Kewangan
Foto
Nama Pegawai / Jawatan
Telefon Pejabat / Email
Pengarah Kewangan
Tuan Hj Zulkifli B Ibrahim
Pengarah Kewangan
09 747 2001
pkew@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Perolehan
Cik Maslinda Mahmood
Penolong Pengarah Perolehan
samb: 2223
maslinda@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Letak Kereta
Pn. Nur Shasni bt Mat Rusok
Penolong Pengarah Letak Kereta

09 7444101
shasni@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Kewangan & Akaun
Pn Hjh Bibi Hazainab Haron
Penolong Pengarah Kewangan & Akaun
samb: 2119
bibi@mpkb.gov.my

Jabatan Perancangan Dan Pembangunan
Foto
Nama Pegawai / Jawatan
Telefon Pejabat / Email
Pengarah Perancang Bandar
Pn Hjh Zunaidah Bt Yamat
Pengarah Perancang Bandar
09 747 9390
pbb@mpkb.gov.my
Ketua Penolong Pengarah Perancang Bandar
En Mohd Izani B Mat
Ketua Penolong Pengarah Perancang Bandar
samb: 2161
izani@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Perancang Bandar
Pn Hasnina bt Hassan
Penolong Pengarah Lanskap
hasnina@mpkb.gov.my 
Penolong Pengarah Kawalan Bangunan
En Wan Ibrahim Wan Mohamed
Penolong Pengarah Kawalan Bangunan
samb: 2124
ibrahim@mpkb.gov.my

 Jabatan Perkhidmatan Bandar
Foto
Nama Pegawai / Jawatan
Telefon Pejabat / Email
Pengarah Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
En mat Seman Mohd Noor
Pengarah Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan
09 744 2014
ppb@mpkb.gov.my
Ketua Penolong Pengarah Kebersihan
Tn. Hj. Samsudin Bin Mamat
Ketua Penolong Pengarah Kebersihan
09 7441354
samsudin@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Kesihatan Awam
En Wan Azahari Hassan
Penolong Pengarah Kesihatan Awam
09 7441354
wazahari@mpkb.gov.my

Jabatan Kejuruteraan
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Pengarah Kejuruteraan
En Razak Ismail
Pengarah Kejuruteraan
09 747 2010
pkej@mpkb.gov.my
Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan
En. Ahmad Nassim Bin Dato' Ahmad Maher
Ketua Penolong Pengarah Kejuruteraan
samb: 2126
nassim@mpkb.gov.my
Pembantu Teknik Kanan Bangunan dan Elektrik
Tn. Hj. Baser Bin Yaacob
Penolong Pengarah Bangunan dan Elektrik
samb: 2192
baser@mpkb.gov.my
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Bahagian Pembentongan
En Wan Zulkiflee Wan Mustafar
Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Bahagian Pembentongan
samb: 2165
Pembantu Teknik Mekanikal
Ahmad Bin Ismail
Pembantu Teknik Mekanikal
09 7747466

Jabatan Perlesenan
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Pengarah Pelesenan
Tn. Hj. Azhar Bin Abd. Sattar
Pengarah Pelesenan
09 747 2008
ppl@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Pelesenan
Pn Che Gayah bt Jaafar
Penolong Pengarah Pelesenan
samb: 2159
chegaya

Jabatan Kemasyarakatan
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat
Tn. Hj. Ropien Bin Hassan
Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat
09 7444101
ropien@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Pembangunan Insan
Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa
Penolong Pengarah Pembangunan Insan
09 7444101
sharafi@mpkb.gov.my

Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Pengarah Penilaian
Tuan Hj Che Abd Aziz Abd Rashid
Pengarah Penilaian
09 747 2000
ppph@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Penilaian
En Helmi Bin Abdullah
Penolong Pengarah Penilaian
samb:2143
helmi@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Pengurusan Harta
Wan Nur Zainina Binti Wan Hassan
Penolong Pengarah Pengurusan Harta
samb: 2167
zainina@mpkb.gov.my





Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Penolong Pengarah Pembangunan Dan Pelaburan
Ust Mohd Hafeez b Ab Samad
Penolong Pengarah Pembangunan Dan Pelaburan
samb: 2242
hafeez@mpkb.gov.my
 Bahagian Pengurusan Korporat
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat
En Azizan b Mohamed
Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Korporat
09 7444101
azizan@mpkb.gov.my
Penolong Pengarah Perhubungan Awam
En Azman Mohd Daham
Penolong Pengarah Perhubungan Awam
09 7444101
azman@mpkb.gov.my

Bahagian Audit Dalam
Foto
Nama/Bahagian
Telefon Pejabat / Email
Ketua Penolong Pengarah Audit Dalam
Tn. Hj. Muhamad Nasir Bin Che Hassan
Ketua Penolong Pengarah Audit Dalam
09 7444101
nasir@mpkb.gov.my
 Talian-talian Utama Majlis
Talian
Nombor
Catatan
Hotline
09 7483344
09 7484477
09 7483209
09 7483779
09 7483045
09 7449460
09 7484470
Ibu Pejabat
Faks
09 7439258
09 7486026
09 7402128
09 7461250
09 7477190
09 7402209
09 7476871
Pembantu Yang Dipertua
Pembantu Setiausaha
Jabatan Kejuruteraan
Bahagian Kewangan
Bahagian Perolehan
Bahagian Perancang
Bahagian Perkhidmatan Bandar

















LATAR BELAKANG 

Sejarah Penubuhan
            Penubuhan Bandar Kota Bharu yang membawa kepada wujudnya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam telah diisytiharkan secara rasminya oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Muhamad ke II pada tahun 1844. 
Majlis Perbandaran Kota Bharu Raya Islam (MPKB-BRI) yang terletak di utara peta Semenanjung Malaysia hanya ditubuhkan pada tahun 1928 apabila Bandar Kota Bharu telah dijadikan Kerajaan Tempatan di bawah Undang-undang “The Municipal And Health Enactment 1928”. 
            Dengan kepesatan pembangunan fizikal dan pertambahan penduduk pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Kota Bharu telah dinaikkan taraf kepada Majlis Bandaran Kota Bharu melalui peruntukan di bawah Seksyen 51(1) “The Local Authorities Election Ordinance 1950”. 
Lapan tahun kemudian pada 1958 Majlis Bandaran Kota Bharu telah diberi taraf autonomi kewangan sendiri di bawah Seksyen 64 “Kelantan Municipal Enactment 1938”. 
            Pada tahun 1961, taraf Majlis Bandaran Kota Bharu dikekalkan di mana ianya  mendapat satu perlembagaan baru yang diberi di bawah “Local Authorities Election Ordinances 1950”. Bagaimanapun sebelum wujudnya Lembaga Bandaran, mulai tahun 1986, Pengurusan Bandar Kota Bharu diletakkan di bawah Pejabat Pentadbiran Bandar Kelolaan Pejabat Tanah. 
                        Malangnya pada tahun 1903, Pejabat Tanah telah diletakkan di bawah Petadbiran Pejabat Kerja Raya dan pada tahun 1913, Pejabat Bandar dikembalikan semula kepada pentadbiran Ketua Pejabat Tanah. Pada tahun itulah, Pejabat Bandar mempunyai kakitangannya sendiri yang diketuai oleh Merinyu bernama Encik Muhammad dari Singapura. Lima belas tahun kemudian, pada tahun 1928 Bandar Kota Bharu telah dijadikan kawasan Kerajaan Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) melalui akta “The Municipal And Health Enactment 1928” yang mana ia diletakkan di bawah Pentadbiran Pejabat Bandar Kota Bharu di mana ketua pertamanya berbangsa Inggeris, Encik G.S Rawlingh. Bagaimanpun sebelum wujudnya Lembaga Bandaran Kota Bharu pada tahun 1930 Masihi, pentadbiran Bandar Kota Bharu telah diletakkan di bawah kelolaan Pejabat Tanah Pertama di Kelantan bermula dari tahun 1844 hingga 1939. 
            Sebelum itu, pada tahun 1927, penubuhan Majlis Mesyuarat Bandaran yang pertama dilakukan di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Kelantan. Serentak dengan itu, pada tahun 1938 Undang-undang Perbandaran mulai dikuatkuasakan di Bandar Kota Bharu. 
            Kota Bharu hanya diwartakan sebagai sebuah bandar pada tahun 1939 di bawah Seksyen 5,” Kelantan Land Code 1938” yang ditadbirkan oleh Lembaga Bandaran Kota Bharu. 
            Pada tahun 1971, Majlis Bandaran Kota Bharu telah ditukarkan nama kepada Lembaga Bandaran Kota Bharu di mana pelantikan Ahli-ahli Mesyuarat dibuat oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan keluasan kawasan pentadbirannya ketika itu 4.4 batu persegi dengan jumlah penduduk seramai 55124 orang. Bagaimanapun pada tahun 1978, Lembaga Bandaran Kota Bharu disusun semula dan sekali lagi dinaikkan taraf kepada Majlis Perbandaraan Kota Bharu melalui warta Kerajaan Negeri Kelantan P.U.IS dengan keluasan kawasan pentadbiran 44.65 batu persegi (134 kilometer persegi) dan jumlah penduduk pada masa itu seramai 186000. 
            Serentak dengan itulah, pemakaian akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, mula dikuatkuasakan di Kawasan MPKB-BRI. 
            Oleh sebab Bandar Kota Bharu menjadi ibu negeri kepada Kelantan dan antara bandar yang mengalami Pertumbuhan Pesat di Pantai Timur, pertambahan penduduk telah meningkat setiap tahun di mana bancian yang dibuat pada tahun 2000 penduduk Kota Bharu berjumlah 400000 orang dan pada tahun ini, penduduk Kota Bharu dianggarkan kira-kira 500000 orang. 
            Kawasan pentadbiran MPKB-BRI membabitkan tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian.
            Dengan keluasan 44.65 batu persegi itu, kawasan pentadbiran MPKB-BRI bermula dari Laut Cina Selatan (utara) hingga ke Kampung Tunjung (di selatan). Manakala di baratnya bersempadan dengan jajahan Tumpat yang dipisahkan oleh Sungai Kelantan dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan hingga ke Pekan Salor. 
            Di sebelah timurnya pula bermula dari Jambatan Pasir Tumboh dan Jambatan Wakaf Setan yang bersempadan dengan Jajahan Bachok. Pada tahun 2005, Kerajaan Negeri Kelantan telah meluluskan permohonan MPKB-BRI untuk memperluaskan kawasan pentadbirannya melibatkan pertambahan kawasan baru dengan melibatkan beberapa daerah di tiga kawasan parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Pengkalan Chepa dan Parlimen Kubang Kerian merangkumi kawasan seluas 211 kilometer persegi. 
            Kawasan-kawasan berkenaan ialah Daerah Limbat, Daerah Banggu, Daerah Sering, Daerah Kota dan Daerah Badang. Dengan perluasan kawasan berkenaan, kawasan baru di sebelah timur bermula dari Pekan Pasir Tumboh, Pekan Binjai, dan Kota Jembal. 
            Pun begitu, perluasan kawasan di selatan dan barat tidak berlaku kerana di selatan (Tunjung) ianya bersempadan dengan Majlis Darah Ketereh dan di barat ianya dipisahkan dengan jajahan Tumpat (Majlis Daerah Tumpat) oleh Sungai Kelantan. 


















Undang-Undang Kecil

Undang-Undang Kecil
Apakah Undang-Undang Kecil? 
Undang-Undang Kecil atau 'by-laws' dalam bahasa Inggeris adalah perundangan subsidiari kepada undang-undang ibu. Ia digubal oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Perundangan subsidiari ini dikenali juga dengan nama Perintah, Kaedah, Peraturan dan sebagainya  
Pindaan
Undang-Undang Kecil 
Pindaan kepada undang-undang kecil yang telah diwartakan boleh dibuat daripada masa ke semasa berdasarkan keperluan mengikut prosedur penggubalan yang sama  
Kadar Kompaun 
Berdasarkan Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh dikompaun dan tawaran bayaran kompaun adalah sehingga maksima RM 500.00. Manakala kadar maksima kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) ialah RM 1,000.00.  
Penalti/Denda
Sekiranya tawaran kompoun tidak dijelaskan, perlanggaran mana-mana undang-undang kecil boleh didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penalti/denda sehingga RM2,000.00 atau penjara 1 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan, denda boleh dikenakan maksima RM200.00 sehari.
















Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam
Sehingga 2008, undang-undang kecil yang digunapakai di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam adalah sebagaimana berikut:
1
  Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB 1983
2
 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB 1983
3
 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB 1986
4
 Undang-Undang Kecil Iklan MPKB 1990
5
 Undang-Undang Kecil Taman MPKB 1986
6
 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB 1986
7
 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB 1986
8
 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB 1986
9
 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB 1987
10
 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB 1985
11
 Undang-Undang Kecil Kecil Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB 1987
12
 Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah MPKB 1985
13
 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985
14
 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB 1989
15
 Undang-Undang Kecil Tandas Awam MPKB 1990
16
 Undang-Undang Kecil Iklan Pilihanraya MPKB 1989
17
 Undang-Undang Kecil Kedai Dobi MPKB 1990
18
 Undang-Undang Kecil Vandalisme  MPKB 1994
19
 Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing MPKB 1995
20
 Undang-Undang Kecil Kerja Tanah MPKB 1990
21
 Kaedah-Kaedah Pegawai MPKB (Kelakuan Dan Tatatertib) 1983
22
 Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta) (Kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu) 1985
23
 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB 2000
24
 Perintah Lalulintas Jalan (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan ) MPKB 2002
25
 Perintah Tetap MPKB 2001
26
 Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006
27
 Perintah Tetap Tatakelakuan Anggota Penguatkuasaan MPKB-BRI 2007
Senarai Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan)
Sehingga 2004, undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (Pindaan) adalah sebagaimana berikut:-
1
 Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran MPKB (Pindaan) 1987
2
 Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau MPKB (Pindaan) 2003
3
 Undang-Undang Kecil Kedai Gunting Rambut dan Pendandan Rambut MPKB (Pindaan) 2003
4
 Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB (Pindaan) 2003
5
 Undang-Undang Kecil Pengendali Makanan MPKB (Pindaan) 1990
6
 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 1989
7
 Undang-Undang Kecil Pengawalan dan Penyeliaan Establisymen Makanan MPKB (Pindaan) 2003
8
 Undang-Undang Kecil Mengkompaun Kesalahan MPKB (Pindaan) 2002
9
 Undang-Undang Kecil Rumah Tumpangan MPKB (Pindaan) 2003
10
 Undang-Undang Kecil Pasar MPKB (Pindaan) 2004
11
 Undang-Undang Kecil Pelesenan Tempat Letak Kereta Persendirian MPKB (Pindaan) 2004
12
 Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MPKB (Pindaan) 2002
13
 Perintah Pengangkutan Jalan (Letak Kereta Bermeter) MPKB-BRI (Pindaan) 2007






Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam

”Mewujudkan Bandar Raya Islam yang Berdikari dan sempurna”
Piagam Pelanggan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam  
  1. Mempertingkatkan kualiti penghidupan bandar melalui perancangan dan perkhidmatan yang cekap, adil dan mesra. 
  2. Memastikan segala projek pembangunan majlis dilaksanakan dengan baik, berkualiti dan tidak membazir.
  3. Memastikan kesihatan awam terjamin melalui peningkatan aktiviti dan kawalan kebersihan di semua tempat. 
  4. Memastikan semua pelanggan mendapat layanan sempurna dan memproses segala permohonan dengan kadar yang segera. 
  5. Memastikan penyusunan dan pengawasan pembangunan yang berkesan dan terancang. 
  6. Mewujudkan program keindahan bandar secara menyeluruh ke arah menjadikan Bandar Kota Bharu hijau dan berbunga. 
  7. Memastikan setiap aduan yang diterima diambil tindakan segera.
  8. Menjamin perlindunagn masyarakat melalui undang-undang dan memastikan tindakan undang-undang dijalankan dengan adil dan saksama. 
  9. Berusaha mengekal dan memelihara imej bandar Kota Bharu sebagai Bandar Berbudaya. 


Moto “Membangun Bersama Islam”





Perincian fungsi/Peranan
1. Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam kawasan pentadbiran MPKBberdasarkan Akta Kerajaan Tempatan 1974 (Akta 133) . 
2. Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi,sosial dan prasarana di dalam kawasan pentadiran MPKB. 
3. Melaksanakan perancangan pembangunan mengikut rancangan pembangunan ke arah mencapai pembangunan mampan. 
4. Membangunkan kemudahan pelancongan dengan mengambilkira penglibatan penduduk setempat. 

Tanggungjawab MPKB-BRI
            MPKB-BRI bertanggungjawab terhadap pembangunan infrastruktur, perancangan bandar, kebersihan, perlongkangan, pembentungan dan sebagainya untuk kawasan pentadbiran seluas 191.34 kilometer persegi melibatkan 65 seksyen. 
Fungsi MPKB-BRI pula adalah:
1)      Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang sempurna kepada warga kota supaya dapat mewujudkan persekitaran yang bersih, indah dan selesa. 
2)      Merancang dan menyusun pembangunan dengan kemas dan teratur. 
3)      Membangunkan projek-projek sosio ekonomi serta kemudahan-kemudahan riadah. 
4)      Menguatkuasakan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan warga kota. 



Cara Perlantikan Pentadbiran MPKB
          Cara perlantikan ahli-ahli pentadbir tempatan ialah melalui iklan dalaman.  Calon-calon yang berkelayakan dikehendaki mengisi borang permohonan.  Calon-calon yang berjaya akan dipanggil untuk sesi temuduga dan jika berjaya dalam temuduga tersebut calon barulah diterima sebagai kakitangan Majlis.  Cara perlantikan yang kedua ialah calon-calon luaran.  Iklan jawatan kosong akan disiarkan di dalam akhbar tempatan.  Sesiapa yang berminat dan berkelayakan bolehlah memohon dengan mengisi boring dan tapisan akan dibuat melalui proses temuduga.  Calon-calon yang berjaya akan dipanggil untuk berkhidmat dengan MPKB-BRI. 
            Majlis diketuai oleh Yang Dipertua sebagi Ketua Esekutif.  24 orang ahli majlis termasuk Yang Dipertua turut dilantik sebagai penggubal dasar.  Jentera pentadbiran majlis diketuai oleh setiausaha dan dibantu oleh 10 pengarah jabatan serta 29 bahagian pelaksana.  Sehingga 2004 majlis mempunyai kakitangan tetap seramai 1207 orang. 









Jabatan
Jabatan-jabatan yang terdapat dalam struktur pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ialah:
§         Jabatan Khidmat Pengurusan
§         Jabatan Perbendaharaan
§         Jabatan Kejuruteraan
§         Jabatan Kemasyarakatan
§          Jabatan Undang-Undang
§         Jabatan Pengurusan Korporat
§         Jabatan Audit Dalam
 

MPKB telah mewujudkan sistem pentadbiran yang teratur dan sistematik.  Justeru, MPKB telah dapat menjalankan tugasnya dengan teratur dan lancar. 



PERANAN 

Ekonomi
            MPKB-BRI telah memainkan peranan penting dalam memajukan ekonomi khususnya di bandar Kota Bharu.  MPKB telah memberikan kebenaran bagi pembinaan premis-premis perniagaan seperti hotel-hotel, pasaraya dan bangunan pejabat. 
            Setakat ini terdapat projek pembangunan yang dilaksanakan oleh MPKB-BRI iaitu Pembangunan Semula Tapak Bengkel MPKB di Jalan Kuala Krai.  Komponen projek ini meliputi servis apartment, lot komersial rumah kedai, medan selera, pejabat, surau dan landskap. 
            Di samping itu juga terdapat cadangan Pembangunan Projek Airport Resort City di Mukim Telok Kilang Daerah Kemumin Kota Bharu.  Menara Pusat Dagangan Kota Bharu juga turut dibina di Seksyen 7, Kota Bharu mankala projek-projek lain ialah cadangan Pembangunan Semula Seksyen 10, Kota Bharu, Projek Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Projek Bandar Satelit Pasir Tumboh.  Cadangan Pusat Pembangunan Zon 1, Zon Wilayah Kraf Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu dan Projek Kilang sampah Organik menggunakan kaedah IBR-EATAD. 
            Secara keseluruhannya, komponen projek-projek yang dilaksanakan adalah perumahan, taman rekreasi, kompleks membeli-belah, hotel, tempat parking, surau, ruang perniagaan dan sebagainya.  Projek-projek yang dilaksanakan ini telah membuka peluang ekonomi khususnya dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan dan memberikan pulangan yang lumayan terhadap sumber pendapatan negeri.  Rakyat dapat menikmati kemakmuran ini dengan memperolehi peluang pekerjaan dan menambahkan pendapatan keluarga. 
            Kesimpulannya, MPKB-BRI telah memainkan peranannya dengan berkesan dalam bidang ekonomi demi kemajuan bandar Kota Bharu.  Rakyat negeri Kelantan dapat menikmati kemakmuran ekonomi negeri Kelantan. 

Pendidikan
Selain faktor ekonomi, Majlis Perbandaran Kota Bharu tidak pernah lupa akan kepentingan sektor pendidikan di bandar ini . Pelbagai jenis sekolah telah disediakan sama ada sekolah rendah mahupun menengah.  Terdapat sebanyak 59 buah sekolah kebangsaan seluruh Kelantan, 2 buah sekolah kebangsaan cina dan 5 sekolah teknik.  Pihak Majlis juga menekankan kepentingan ilmu dalam kalangan ahli-ahli Majlis.  Kakitangan Majlis diberi latihan berkenanaan dengan cara perlaksanaan dan bidang tugas kakitangan.  MPKB-BRI juga menggalakkan kakitangan melanjutkan pelajaran mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi.  Penguasaan ilmu membolehkan kakitangan majlis boleh melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisien.  Ini  membuktikan bahawa ahli Majlis sentiasa setanding dengan ahli-ahli malis perbandaran lain dari segi kualiti pendidikan. 

Keagamaan
            MPKB-BRI telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan Kota Bharu sebagai bandar raya Islam. 
            Mengikut catatan Sejarah Islam masuk ke Kelantan lebih awal daripada Melaka.  Islam dicatat masuk ke Kelantan melalui Champa terus ke Pattani dan tiba di Kelantan.  Ia dibuktikan melalui Batu Bersurat yang bertarikh 1303 Masihi yang ditemui di Kuala Berang.  Ini bermakna sebelum Islam sampai ke Terengganu terlebih dahulu sampai ke Kelantan kerana laluannya melalui Pattani. 
            Selain itu, kepingan wang emas ditemui di Kota Kubang Labu di Pasir Pekan, Tumpat pada 1912 yang tercatat tarikh 577 Hijrah bersamaan 1181 Masihi juga antara bukti ketibaan Islam.  Bermula dari situ, Islam terus tersebar di Kelantan dan masjid menjadi halaqah menyebarkan ilmu kepada anak-anak murid yang datang dari segenap ceruk rantau.  Masjid tertua di Kelantan yang dibina lebih 300 tahun lampau masih boleh dilihat sehingga sekarang iaitu Masjid Kampung Laut. 
            Menteri Besar, Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz menjelaskan tumpuan diberi kepada konsep bandar raya Islam iaitu melahirkan manusia yang sentiasa beribadat kepada Allah Taala (SWAT). 
            Wawasan bandar raya Islam bergerak seiring dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’.  Tiga aspek penting diberi tumpuan ke arah kelahiran sebuah bandar raya iaitu falsafah dan konsep perancangan bandar raya Islam, konsep dari perspektif sunnah dan cabaran ke arah mewujudkan sebuah bandar raya Islam.  Matlamat utama kerajaan negeri adalah menjadikan Kota Bharu sebuah bandar raya amanah, bandar raya keadilan, bandar raya aman, bandar raya sejahtera, bandar raya kebajikan, bandar raya maju dan bertenaga.  Bandar raya ilmu, bandar raya kesenian serta keindahan dan bandar raya harmoni.  Konsep dan falsafah yang dipakai adalah iman dan taqwa.  Selain itu, majlis ilmu dan menghayati ajaran Islam Dalam pentadbiran, pembangunan insan dan fizikal juga dititikberatkan. 
            MPKB-BRI telah menerapkan elemen bandar raya Islam seperti mengharamkan kegiatan perjudian, permainan video ganas, tempat-tempat hiburan dan mengawal penjualan arak.  Usaha ke arah melahirkan Bandar Raya Islam dilaksanakan melalui dua fasa iaitu pertama (2003-2005) melaksanakan program-program yang digaris dalam Pelan Pembangunan Awalan (interim development plan).  Fasa kedua (2006-2015) iaitu melaksanakan rancangan sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Kota Bharu Bandar Raya Islam.  Kesungguhan MPKB mezahirkan bandar raya Islam sudah dizahirkan sejak 14 tahun lalu, apabila menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan Islam dan Jabatan Pembangunan Islam.  Ia merupakan manifestasi MPKB bagi memantapkan pentadbirannya. 
            Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menggariskan ciri-ciri utama Kota Bharu Bandar Raya Islam iaitu keilmuan, kepatuhan, kabajikan, kebersihan dan kesejahteraan.
            MPKB-BRI juga sentiasa menekankan penghayatan keagamaan  dalamkalangan ahli Majlis.  Kuliah agama dan tazkirah diadakan pada setiap pagi Ahad bertempat di Dewan Bunga Raya.  Manakala KUliah agama pula pada setiap hari Khamis bermula jam 8 hingga 9 pagi.  Penceramah biasanya dijemput khas daripada Yayasan Islam Kelantan.  Selain itu Kem Kecemerlangan Solat juga diadakan dan juga tazkirah lain di pasaraya.  
            MPKB-BRI telah berjaya memainkan peranannya dari segi keagamaan.  Keadaan ini jelas terbukti apabila wujudnya suasana yang tenang dan damai di negeri Kelantan. 
           
Kemasyarakatan
            MPKB-BRI juga merancang dan melaksanakan program kemasyarakatan sebagimana dalam Program Local Agenda 21(LA 21).  Program LA 21 yang dilaksanakan di MPKB-BRI menepati format Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 
            Keutamaan bagi program LA 21 ini ialah program-program kemasyarakatan seperti program kebersihan dan keselamatan, ceramah kesedaran dan motivasi, Program Peningkatan Ilmu Pengetahuan dan lain-lain.  Antara aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak MPKB-BRI ialah aktiviti gotong-royong, Ceramah Kesedaran Pembangunan Insan, Program Pembangunan Ekonomi dan juga aktiviti bersama masyarakat dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Penduduk (JKP). 
            Bahagian Pembangunan Masyarakat, MPKB-BRI seperi berkait rapat dan saling berhubungan dengan masyarakat terutama warga kota di sekitar bandar Kota Bharu.  Bagi meningkatan keupayaan dan peranan bahagian ini, sumber bagi dana Tabung Amal dan Kebajikan perlu diperkenalkan lagi dengan melakukan pelbagai aktiviti yang boleh menyumbang pendapatan kepada tabung ini dan seiring dengan fungsinya boleh diperluaskan lagi dan dapat membela nasib golongan yang kurang berkemampuan di sekitar bandar Kota Bharu.  Fungsi bahagian ini adalah seperti bertepatan dengan ciri Bandar Raya Islam iaitu Kebajikan dan Kesejahteraan. 
            Antara aktiviti yang telah dijalankan:
1)      Majlis Muafakat MPKB-BRI Bersama Masyarakat
2)      Peranan Tabung Amal dan Kebajikan untuk segenap lapisan masyarakat yang miskin dan menghadapi masalah.  Sebagai contoh, ibu tunggal, anak yatim, anak-anak terbiar dan lain-lain. 
3)      Bantuan Bencana Alam (kebakaran/ribut)
4)      Projek Pembangunan Ekonomi untuk membantu golongan miskin.  Misalnya Projek Kelas Tadika, Projek Jahitan Pakaian dan Projek membuat kerepek. 
5)      Bantuan Melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang terdiri daripada Projek E-Kasih dan  Program Pembasmian Kemiskinan Bandar. 
6)      MPKB-BRI juga menekankan Pembangunan Insan.  Sebagai contah Ihya’ Ramadan, Tazkirah di pasar raya (sebelum solat zuhur dan Asar), Kem Kecemerlangan Solat dan Kuliah Agam. 

MPKB-BRI menekankan pembangunan kemasyarakatan secara menyeluruh sesuai dengan falsafah MPKB-BRI. 

Kebudayaan
            Negeri Kelantan terkenal dengan keindahan semula jadi dan kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang masih kekal sejak berkurun lamanya.  Lantaran itu, kena pada tempatnya Kelantan digelar ‘Akar Umbi Kebudayaan Melayu’. 
            MPKB-BRI telah menggalakkan pengekalan ciri-ciri budaya tradisional masyarakat Kelantan sebagai satu daya tarikan dalam kalangan pelancong asing.  Bagi menghidup dan mempopularkan permainan traditional seperti wau, gasing, rebana ubi, pertunjukan wayang kulit dan seni silat. Gelanggang Seni telah dijadikan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi masyarakat Kelantan sejak turun-temurun.  Pertunjukan kebudayaan dan kesenian sering diadakan di gelanggang seni.  Gelanggang Seni dibuka 3 kali seminggu pada bulan Mac hingga Oktober setiap tahun. 
            Bagi mengekalkan warisan budaya Melayu menjadi tatapan umum, Istana Batu telah dijadikan Muzium Diraja untuk mempamerkan maklumat bersejarah dan khazanah Kesultanan Melayu Kelantan.  Selain itu, Muzium Negeri juga turut mempamerkan barangan seni hasil kerja tangan dan berbagai-bagai peralatan tradisional Kelantan. 
            Manakala Muzium Seni dan Kampung Kraftangan turut mempamerkan pelbagai bentuk kraftangan tradisi Kelantan yang dihasilkan oleh tukang-tukang mahir tempatan.  Di Kampung Kraftangan pula para pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana barangan kraftangan dihasilkan.  Demonstrasi sulam-menyulam, menenun, mencanting batik serta mengukir kayu dan perak turut disediakan.  Para pengunjung juga berpeluang membeli hasil seni pilihan mereka di kampung ini. (Rujuk Lampiran 1,2dan 3)   
            Sebagai kesimpulannya, MPKB-BRI telah mengambil pelbagai inisiatif untuk menjadikan bandar Kota Bharu sebagai bandar yang kaya dengan ciri-ciri budaya tradisional.  Bandar Kota Bharu telah menjadi tarikan pelancong kerana mempunyai ciri-ciri tradisional yang unik dan pelik. 

Pelancongan
Dari segi pelancongan, pantai di Kota Bharu merupakan destinasi pelancongan yang terkenal dipersada negara mahupun antarabangsa.  Pada tahun 2010 sejumlah 5.3 juta pelancong melawat Kelantan dan telah menjana RM 2.3 billion pendapatan tahunan negeri Kelantan berbanding dengan tahun 2009 hanya 4.3 juta pelawat dan pendapatan tahunan hanya RM 1.7 billion sahaja.  Hal ini membuktikan negeri Kelantan antara destinasi pelancongan yang diminati dalam kalangan pelancong domestik dan luar.  Majlis sentiasa mengambil inisiatif memastikan  tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan sesuai untuk pelancong- pelancong yang datang untuk bercuti.  Pelbagai kemudahan awam disediakan untuk penduduk dan pelancong yang datang untuk melawat bandar ini seperti tandas awam, kompleks sukan, Padang, Taman Komuniti Awam, khemah dan bot untuk pelancong di pantai.   Pihak MPKB juga memastikan bahawa pelancong yang datang ke tempat ini akan dilayan secara sebaik mungkin dan yang paling penting, keselamatan mereka di tempat ini juga akan diambil kira. Pihak MPKB-BRI sentiasa bekerjasama membantu dengan agensi-agensi pelancongan negeri dari segi kemudahan prasarana dan promosi produk-produk pelancongan.
MPKB-BRI telah bekerjasama dengan Pusat Pelancongan Negeri Kelantan untuk memajukan lagi industri pelancongan di negeri Kelantan.












PERKEMBANGAN 

Sumber Kewangan
            Menurut data daripada Jabatan Perbendaharaan pada tahun 2008, jumlah pendapatan negeri Kelantan ialah RM45,135,128.00.  Pendapatan ini diperolehi daripada cukai semasa, tunggakan, carum batu kadar kerajaan persekutuan, carum batu kadar kerajaan negeri, lessen, bayaran letak kereta, perkhidmatan, jualan, sewa, faedah, denda, pulang balik perbelanjaan dan sumbangan kerajaan pusat. 
            Daripada jumlah besar pendapatan yang diperolehi MPKB-BRI telah memperuntukkan perbelanjaan emolumen, perkhidmatan, harta modal, pembangnan, pemberian dan lain-lain.  Jumlah besar perbelanjaan RM46,632,962.00.  (Rujuk lampiran)
            Walaupun jumlah besar perbelanjaan melebihi jumlah besar pendapatan, namun perbelanjaan ini amat penting untuk meningkatkan kegiatan ekonomi dan seterusnya meningkatkan pendapatan negeri Kelantan. (Rujuk Lampiran 7 &8). 

Pembangunan Prasarana/fizikal
            Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam juga menekankan aspek pembangunan prasarana di Kota Bharu.  Bandar Kota Bharu telah berkembang dengan pesat.  MPKB-BRI telah memberi penumpuan kepada reka bentuk bangunan yang bercirikan seni bina Islam.  MPKB-BRI juga menekankan pembinaan masjid atau surau di lokasi tumpuan awam seperti pasar besar dan perhentian pengangkutan awam untuk kemudahan menunaikan solat. 
            MPKB-BRI turut memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan keindahan yang menjadi fungsi utama MPKB-BRI selaras dengan kehendak Islam yang menekankan kebersihan.  Perancangan strategik kebersihan telah dibuat dan pelbagai program telah diatur seperti penyusunan jadual dan sistem kerja yang lebih efisien, gotong-royong, penguatkuasaan undang-undang kebersihan yang lebih tegas serta memberi kesedaran mengenai tanggungjawab kebersihan melalui Majlis Penerangan. 
            MPKB-BRI sentiasa meningkatkan pembangunan kemudahan prasarana kepada masyarakat warga bandar dari semasa ke semasa seperti kemudahan pasar, pusat rekreasi tempat menunggu bas, jalan dan sebagainya.  MPKB-BRI terlibat secara langsung dalam pembangunan fizikal bandar seperti membina bangunan baru secara usaha sama, konsesi dan sebagainya.  Projek usaha sama pembinaan Menara MPKB-BRI merupakan bakal mercu tanda bandar Kota Bharu atau dikenali dengan nama Kota Bharu City Centre yang sedang dalam peringkat pembinaan. (Rujuk Lampiran 4 &5).  Projek pembangunan bangunan bercampur yang terdiri bangunan perniagaan, kediaman, hotel serta tempat letak kereta bertingkat di Jalan Hamzah dilaksanakan awal tahun ini.  Pembinaan bangunan Kota Bharu City Centre itu dijangka akan siap dalam tempoh 39 bulan iaitu pertengahan tahun 2013. 
            MPKB-BRI telah memainkan peranannya dari segi pembangunan prasarana.  Keadaan ini telah menjadikan bandar Kota Bharu maju dan moden seperti bandar-bandar lain di Malaysia.   

Keunikan
          Kota Bharu terkenal dengan keunikkan masyarakat dan budayanya.  Keunikan ini terserlah dengan kesantunan, budi bahasa dan ramah mesra penduduk tempatan terutama sekali apabila menyambut tetamu tempatan dan luar.  Keunikan dialek Kelantan sentiasa menjadi kebanggaan penuturnya.  Banyak istilah dialek Kelantan yang unik dan berbeza dengan dialek-dialek lain.  Terdapat juga pelancong asing yang berpendapat Kota Bharu unik dari segi kesenian dan kemahiran golongan artisan dalam bidang seni ukiran kayu perak, kraf tangan dan corak batik.  MPKB-BRI telah berusaha menonjolkan keunikan bandar Kota Bharu dengan mengekalkan dan memelihara warisan budaya tempatan.
            Satu lagi keunikan Bandar Kota Bharu ialah kaum wanitanya begitu aktif  dalam aktiviti perniagaan.  Sebahagian besar peniaga di Pasar Siti Khatijah ialah kaum wanita.  Wanita Kelantan juga terkenal dengan kemahiran memasak.  Masakan Kelantan sangat terkenal dalam kalangan pelancong terutamanya nasi kerabu, nasi tupang laksam, serunding daging ayam percik dan lain-lain lagi.
            MPKB-Bri sentiasa menonjolkan keistimewaan dan keunikan bandar Kota Bharu di mata dunia di bawah pentadbirannya yang menonjolkan ciri-ciri ketimuran dan keislaman.  

Kemajuan Yang Dicapai
            MPKB-BRI telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan.  Setakat ini banyak kemajuan yang dapat dilihat di bandar Kota Bharu.  Bandar Kota Bharu semakin berkembang maju.  MPKB-BRI telah mengambil inisiatif membangunkan bandar Kota Bharu dengan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana seperti membesarkan jalan, mengindahkan bandar Kota Bharu, menyedikan tempat rekreasi seperti Taman Tengku Anis., membina premis-premis perniagaan baru seperti Bazar Tengku Anis dan Bazar Tok Guru dan Pasar Bersepadu Wakaf Che Yeh.
            Walaupun bandar Kota Bharu belum mencapai taraf bandar raya jika diukur dari segi pendapatan, namun pembangunan yang telah dicapai cukup membanggakan.  Keadaan ini terbukti dengan adanya pusat membeli-belah yang besar seperti KB Mall, Billion, Parkson dan Tesco.  Ini menunjukkan kuasa beli warga Kelantan juga tinggi. 
            Selain sebagai pusat membeli-belah, bandar Kota Bharu juga merupakan bandar persinggahan untuk pelancong-pelancong ke Thailand.  Jadi industri perhotelan juga maju di Kota Bharu.  Antara hotel yang terkenal di Kota Bharu ialah Hotel New Pacific, Hotel Renaissance dan Hotel Riverview. 
            Kemajuan yang dicapai jelas dapat dilihat projek pembangunan sepanjang tebing sungai Kota Bharu.  Jika dibandingkan dahulu  di sepanjang tebing Sungai Kota Bharu merupakan kawasan pertanian tetapi kini Kota Bharu telah muncul sebagai pusat perniagaan dengan adanya  Pasaraya Tesco dan 2,248 unit rumah kedai. 
            Kini MPKB-BRI berusaha meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai kutipan bagi mencapai sasaran RM150 juta setahun menjelang perisytiharan sepenuhnya sebagai Bandar Raya Islam menjelang 2015. 
            Yang Dipertua MPKB-BRI, Abdul Aziz Abdul Rahman berkata untuk mencapai tujuan itu, 10 projek mega akan dan sedang dilaksanakan di sekitar pentadbiran MPKB-BRI dengan kerjasama pelabur syarikat swasta. 
            Kemajuan yang dicapai bukan sahaja di bidang pembangunan tetapi juga dari aspek ekonomi dan kerohanian.  Bandar Kota Bharu telah muncul sebagai bandar yang maju dan aman damai damai.  Warga Kota Bharu hidup dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu. 
 
Pengiktirafan/Penghargaan
            MPKB-BRI telah berjaya melaksanakan tugasnya dan telah mendapat pengiktifan daripada pelbagai pihak khususnya agensi kerajaan.  Sebagai contoh pelaksanaan dan pengendalian Laman Web MPKB-BRI yang sentiasa dikemaskini melalui penyiaran berita semasa MPKB-BRI dan pengendalian urusan aduan awam melalui internet telah mendapat pengiktirafan daripada pelbagai agensi khususnya agensi kerajaan. 
            Menurut Laporan Malaysia Government Portals and Website Assessment 2009 yang dikeluarkan oleh Multimedia Development Corporation Sdn . Bhd penilaian yang dibuat oleh pihaknya bersama MAMPU, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), JPA dan EPU, markah pencapaian Laman Web MPKB-BRI tahun 2009 meningkat kepada 96.07%. 
            Menurut laporan tersebut lagi penilaian tersebut dibuat setiap tahun dengan melibatkan 1078 laman web dan portal agensi berkaitan kerajaan dan dengan pemberian markah berkenaan MPKB-BRI mendahului tangga ke-7 bagi kategori laman web Kerajaan Tempatan  (PBT) dan di tangga ke-16 bagi keseluruhan laman web agensi.  Berikut adalah pencapaian dan anugerah MPKB-BRI sepanjang tahun 2009:
  1. Johan Anugerah Kualiti Darulnaimm (RM 10,000.00) pada 12 November 2009. 
  2. Johan Anugerah Pihak Berkuasa Tempatan Terbaik pada 12 November 2009. 
  3. Johan Anugerah Khas Kerajaan Tempatan pada 12 November 2009. 
  4. Naib Johan Anugerah Kualiti Kategori Pihak Berkuasa Tempatan pada 12 November 2009. 
  5. Johan Anugerah Ceria Bahasa Kategori Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Kebangsaan 2009 pada 3 November 2009. 
  6. Johan Gerai Cantik Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kakitangan Awam Negeri Kelantan 2009 pada 28 Oktober 2009 di Kota Darulnaim. 
  7. Anugerah Sijil Audit Bersih pada 17 September 2009.  
  8. Johan Bola Sepak Veteran 2009 Piala YB Speaker DUN Kelantan pad 19 Ogos 2009. 
  9. Naib Johan Kategori Pengurusan KMK Peringkat Negeri Kelantan 2009 pad 4 Ogos 2009. 

Pengiktirafan yang diperolehi ini sudah cukup untuk membuktikan kecekapan pentadbiran MPKB-BRI selama ini.  Sebagai warga Kelantan saya turut berbangga dengan pengiktirafan ini. 

Perancangan masa hadapan
          MPKB-BRI sentiasa mempuntai perancangan untuk memajukan dan memperkembangkan lagi bandar Kota Bharu.  Majlis sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan agensi swasta dan kerajaan pusat yang mempunyai kepakaran dan modal dalam bidang pembangunan. Contohnya pembangunan Bandar Baru Tunjung, Pembangunan Lembah Sireh, dan Bandar Baru Kubang Kerian.
            Majlis sentiasa mempunyai perancangan yang teliti untuk memajukan bandar Kota Bharu setanding dengan bandar-bandar lain di Malaysia.



Saranan dan harapan
Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan sukacitanya berharap agar bandar Kota Bharu akan menjadi bandaraya yang bersih dan maju selesa, selamat dan aman damai untuk dihuni.  
 Majlis juga berharap agar sektor ekonomi, pendidikan, pelancongan dan kemasyarakatan akan terus berkembang.  Majlis mengalukan-alukan cadangan-cadangan atau idea-idea dari penduduk bandar ini untuk dijadikan inspirasi dalam membawa satu senario baru yang akan memberi banyak kemudahan bagi kemajuan Kota Bharu sama ada dari segi pentadbiran mahu pun pembangunan infrastrukturnya. Bertepatan dengan moto MPKB “Membangun Bersama Islam”, MPKB menyeru kepada semua pihak supaya penduduk Kota Bharu dapat bersama-sama berganding bahu merealisasikan inspirasi Majlis untuk meningkatkan tahap produktiviti terutama dalam keupayaan dan kecekapan perkhidmatan. 











RUMUSAN 


Selepas menyiapkan kerja kursus Sejarah ini, saya telah mendapat beberapa iktibar antaranya ialah saya sangat berbangga sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai institusi pentadbiran tempatan yang cekap dan berwawasan.  Ahli-ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam melaksanakan tugas mereka dengan rajin dan gigih.  Kegigihan ini telah menghasilkan kerja yang cekap dan efisien.  Selaras dengan prinsip agama Islam yang mementingkan sifat amanah dan jujur.  MPKB-BRI merupakan institusi pentadbiran tempatan yang diyakini oleh warga Kelantan. 
            Saya juga kagum dengan semangat bekerjasama dan tolong-menolong yang ditunjukkan oleh ahli-ahli MPKB-BRI dan  masyarakat Kelantan amnya tanpa mengira bangsa serta agama. 
            Ahli-ahli MPKB-BRI juga mengglakkan penghuni Kota Bharu saling hormat-menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain.  Walaupun MPKB-BRI begitu menitikberatkan agama Islam tetapi hak bangsa dan agama lain tetap dijaga serta dihormati. 
            Kesimpulannya, saya bersyukur sebagai warga Kelantan yang hidup dalam suasana aman damai dan harmoni.  Hal ini sedemikian kerana nilai patriotisme yang diamalkan oleh pihak berkuasa tempatan yang tinggi dan berjaya mewujudkan integrasi nasional.  Ini telah menjadi sumber inspirasi kepada saya untuk menjadi warganegara yang berguna kepada bangsa dan  negara. 


LAMPIRAN 


Peta Kota Bharu
  Logo Majlis Pembandaran Kota Bharu
RUJUKAN
1. Internet
2. Majalah
ü      Majalah OFF THE EDGES. Ditulis oleh Farish A Noor, November 2008
ü      Majalah News@berita. Ditulis oleh Mat Yie, Disember 2009

3. Akhbar
v     The Star, Selasa 31 Mei 2011. Muka Surat 12
v     Sinar Harian, Ahad 14 November 2010. Muka surat K4
v     Utusan Malaysia, Sabtu 3 Ogos 2002. Muka surat 25
v     Berita Harian, Sabtu 30 November 2002. Muka surat 15

4. Orang sumber
a. Orang sumber pertama
Nama               : Puan Zaimah Binti Haji Muhammad
Umur                : 45 tahun
Jawatan            : Penolong Pegawai Tadbir Jabatan Perhubungan Awam, MPKB-BRI
b. Orang sumber kedua
Nama               : En. Ramli Bin Yamat
Umur                : 46 tahun
Jawatan            : Pembantu Tadbir, MPKB-BRI
c. Orang sumber ketiga
Nama               : Mohd Hasmi Bin Mohamad
Umur                : 48 tahun
Jawatan            : Penolong Pegawai Penerangan, MPKB-BRI















ELEMEN 3

Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum, bangsa dan agama.  Namun kepelbagaian dan perbezaan ini bukanlah penghalang untuk kita hidup secara harmoni.  Sesungguhnya kita semua bertanggungjawab untuk merealisasikan integrasi nasional. 
            Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam merupakan salah satu institusi pentadbiran tempatan yang bertanggungjawab untuk memainkan peranan menyatupadukan rakyat. 
            Salah satu unsur patriotisme yang diamalkan oleh ahli MPKB-BRI ialah rajin dan gigih untuk memajukan institusi.  Setiap pekerja rajin berusaha untuk mencapai visi dan misi demi untuk memajukan negara.  Meraka bekerjasama di bawah satu bumbung bagaikan satu keluarga ke arah mencapai matlamat yang sama maka wujudlah integrasi nasional. 
            Kakitangan awam juga perlu bertanggungjawab terhadap apa saja tugasan yang diberi.  Dalam apa jua pengurusan dan pentadbiran haruslah dilakukan secara jujur dan amanah.  Kakitangan awam tidak harus terjebak dengan gejala rasuah walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.  Apabila kakitangan awam bersih daripada amalan rasuah maka sistem pentadbiran tempatan berjalan dengan lancar dan mendapat keyakinan daripada orang ramai dan kesannya wujudlah integrasi nasional. 
            Kakitangan institusi pentadbiran tempatan juga perlu adil dan bertimbang rasa semasa menjalankan tugas.  Sebarang tindakan yang diambil haruslah adil dan saksama tanpa mengira bangsa dan agama.  Oleh itu, semua pihak berpuas hati dan mematuhi peraturan dengan senang hati.  Justeru itu, integrasi nasional dapat dicapai dengan adanya keadilan. 
            Unsur patriotisme yang seterusnya ialah bekerjasama dan tolong-menolong.  Misalnya semasa institusi pentadbiran tempatan menganjurkan aktiviti gotong-royong, semua penduduk setempat akan bekerjasama untuk membersihkan kawasan tanpa mengira bangsa dan agama.  Setiap orang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu mewujudkan kawasan kejiranan yang bersih dan selamat.  Dengan adanya kerjasama segala kerja berjalan lancar dan teratur, masyarakat dapat tinggal dalam suasana yang harmoni.  Integrasi nasional yang diidamkan pasti tercapai.
            Menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa juga salah satu cara institusi pentadbiran tempatan memperkukuh integrasi nasional di Malaysia.  Rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama menghormati antara satu sama lain.  Seluruh rakyat Malaysia dengan perasaan muhibah tetap merayakan perayaan bersama-sama bangsa lain melalui majlis terbuka yang dianjurkan oleh institusi pentadbiran tempatan.  Dengan ini, lahirlah integrasi nasional. 
            Konklusinya, unsur-unsur patriotisme perlu diamalkan dalam institusi pentadbiran tempatan.  Apabila kakitangan awam mengamalkan semangat patriotism, sudah pasti keharmonian dan kesejahteraan dapat dikekalkan dan rakyat dapat menikmati kehidupan yang sejahtera ini. 



No comments:

Post a Comment