the Mr Bean

Saturday, March 12, 2011

kerja kursus geografi tingkatan dua 2010

Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan folio Geografi ini dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada banyak pihak yang membantu saya dalam menyiapkan folio Geografi ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang berada di bawah pimpinan seorang pengetua yang dedikasi iaitu Choo Kheng Pin kerana kemudahan yang disediakan telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat rujukan serta penyelidikan dengan senang.

Selain itu, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru Geografi yang disayangi iaitu Encik Azmi bin Abu Yamin. Beliau telah banyak membantu saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam menyiapkan folio ini. Dorongan serta tunjuk ajar beliau telah menaikkan semangat saya untuk menyiapkan folio ini dengan bersungguh-sungguh.

Dalam menyiapkan folio ini, ada orang yang paling saya sayangi turut sama membantu saya. Mereka ialah ibu bapa saya iaitu Phon A/L Eh Ghee dan Wee Chwee Hong. Mereka banyak membantu saya dari segi kewangan dan pencarian maklumat. Meraka juga turut memberi idea dan tunjuk ajar kepada saya untuk memantapkan maklumat dalam penghasilan folio ini.

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penghulu Kampung Jubakar Darat Encik Eh Dam Nendi, Encik Tiam Ea Wit, Encik Eh Chan Chan Mai dan Encik Cheep Khun Yai dan responden-responden yang telah banyak memberikan kerjasama dan maklumat untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan terutama sahabat baik saya iaitu Chuink Kai Chui, Chew Wei Sin, Lua Cheong Aik, Aris Saran dan Ong Kevin. Mereka banyak membantu saya dengan memberi sokongan serta dorongan untuk menaikkan semangat dalam menghasilan folio Geografi yang berkualiti dan bermutu.

Pendahuluan

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi tingkatan dua bagi tahun 2010. Saya menjalankan Kajian di kawasan kediaman saya. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di Kampung Jubakar Darat dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian. Selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman serta kesan migrasi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.

Rasional pemilihan Kampung Jubakar Darat adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan yang terdiri daripada tanah pamah yang rata dan beralun dan merupakan kawasan kelompok pertanian di Daerah Tumpat, Kelantan. Tanaman utama di kawasan ini ialah tembakau dan padi. Sebahagian besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerjaan di dalam sektor pertanian. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan di dalam sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan, sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor kerajaan ataupun swasta serta sektor perniagaan.

Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di Kampung Jubakar Darat mempunyai pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita juga boleh melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

Objektif kajian

Pelbagai objektif yang boleh saya dapat dalam menghasilan folio ini. Antara objektif kajiannnya ialah:

1. Mengetahui konsep migrasi penduduk.

2. Mengetahui pola migrasi penduduk di Kampung Jubakar Darat.

3. Mengetahui dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Kampung Jubakar Darat.

4. Menyatakan dan menghuraikan kesan migrasi dalaman penduduk di Kampung Jubakar Darat.

5. Menyatakan dan menghuraikan cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di Kampung Jubakar Darat.

6. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah banyak membantu penduduk di kawasan Kampung Jubakar Darat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Kawasan Kajian

Secara umumnya Kampung Jubakar Darat terletak 15 kilometer dari Bota Bharu. Kampung Jubakar Darat Terletak jauh dari bandar Tumpat. Penghulu di Kampung Jubakar Darat bernama Eh Dam Nen Di. Jumlah penduduk di sini dianggarkan kira-kira 5000 orang atau lebih yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Cina, Melayu dan Siam. Kampung Jubakar Darat dihubungi oleh jalan raya yang berturap dan digunakan oleh kereta, van, bas,motosikal dan sebagainya. Bentuk muka buminya merupakan tanah pamah yang rata dan beralun dan tanah aluvium yang amat sesuai untuk kegiatan pertanian. Tanah aluvium yang menjadi sawah padi penduduk tempatan merupakan rutin harian petani untuk mencari rezeki.

Selain daripada kegiatan pertanian yang menjadi penyumbang terbesar, ada juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya seperti jaringan pengangkutan jalan raya, saliran paip air bersih, serta institusi kerajaan seperti Sekolah, Kilang, Klinik Kesihatan Desa dan sebagainya.

Kampung Jubakar Darat juga merupakan tempat pelancongan yang terkenal yang berkaitan keagamaan. Contoh tempat pelancongan ialah wat yang menjadi tempat suci orang buddha dan tempat belajar bahasa Siam.

Peta Tumpat




Peta Kelantan

Kaedah kajian

Pencarian maklumat telah dilakukan dengan beberapa kaedah. Antara kaedahnya ialah:

· Kaedah pemerhatian

Saya telah memerhati migrasi dalaman penduduk di Jalan Atas Banggol. Melalui pemerhati, saya dapat mengetahui migrasi dalaman penduduk di Kampung Jubakar Darat dengan lebih terperinci.

· Kaedah rujukan

Saya membuat rujukan melalui risalah-risalah yang saya peroleh daripada Pejabat Penerangan. Saya juga membuat rujukan daripada penghulu Kampung Jubakar Darat. Dengan itu, saya memperoleh maklumat tentang migrasi dalaman di Kampung Jubakar Darat secara khusus dan efektif.

· Kaedah Soal Selidik

Saya telah mengagihkan borang-borang soal selidik kepada 20 orang responden untuk diisi. Pesponden-responden terdiri daripada penduduk kawasan kajian. Tujuannya adalah untuk mengumpul maklumat dan data penting.

Konsep Migrasi Penduduk

Migrasi ialah proses pergerakan atau penghijrahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat lain sama ada secara kekal atau sementara. Terdapat dua jenis migrasi:

1. Migrasi dalaman iaitu perpindahan penduduk dalam negara contohnya yang berpindah dari tempat asalnya contohnya Jerantut ke daerah Pekan di Pahang atau perpindahan dari negeri Sarawak ke Selangor.

2. Migrasi antarabangsa melibatkan perpindahan penduduk dari sebuah negara ke negara lain. Contohnya kedatangan pekerja Indonesia ke negara Malaysia.

Pola Migrasi Penduduk di Kampung Jubakar Darat

Pola migrasi penduduki yang berlaku di Kampung Jubakar Darat ialah dari luar bandar ke bandar.

Pola migrasi dari luar bandar ke bandar paling ketara berlaku di Kampung Jubakar Darat di mana terdapat ramai penduduk terutama golongan muda berpindah ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan atau melanjutkan pelajaran seperti di bandar Kuala Lumpur, Johor Bharu, Pulau Pinang,dan bandar-bandar lain.

Pola migrasi dari bandar ke luar bandar juga berlaku Kampung Jubakar Darat. Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat asal. Sebab yang seterusnya ialah arahan majikan di mana banyak berlaku pada kakitangan kerajaan seperti guru.

Faktor yang mempengaruhi Migrasi dalaman penduduk di Kampung Jubakar Darat

Pelbagai faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Kampung Jubakar Darat. Antaranya ialah melanjutkan pelajaran, peluang pekerjaan dan arahan majikan.

Faktor melanjutkan pelajaran merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi migrasi di Kampung Jubakar Darat. Terdapat ramai lepasan SPM yang mendapat keputusan yang baik akan berpindah ke negeri-negeri lain di Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di Universiti awam atau swasta, Kolej dan juga Politeknik.

Faktor seterusnya yang mempengaruhi migrasi di Jalan Atas Banggol ialah peluang pekerjaan. Terdapat ramai penduduk di Kampung Jubakar Darat terutamanya golongan muda berpindah keluar dari Kampung Jubakar Darat untuk bekerja dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan. Kebanyakan daripada mereka berpindah ke Kuala Limpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang yang mempunyai banyak peluang pekerjaan dalam sektor perindustrian.

Faktor yang terakhir iaitu arahan majikan, di mana terdapat ramai penduduk yang berpindah ke sini atas arahan majikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka merupakan guru-guru yang ditugaskan di sebuah sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah yang terdapat di sini.

Saya bersyukur tinggal di sini kerana banyak kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan penduduk di sini. Contohnya jaringan jalan raya yang baik, sekolah, balai polis, klinik kesihatan dan sebagainya.

Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian

Organization Chart

Kesan Migrasi dalaman penduduk di Jalan Atas Banggol

Migrasi dalaman yang berlaku di Kampung Jubakar Darat memberi kesan yang positif dan negatif.

A)Kesan positif

1. Penduduk bertambah

Migrasi dalaman yang berlaku ini menyebabkan bilangan penduduk di kampung saya telah meningkat. Perpindahan ini disebabkan ikut keluarga dan perkhawinan. Pertambahan penduduk pula memberi kesan kepada pasaran di mana pasaran semakin bertambah. Misalnya di Kampung Jubakar Darat terdapat sebuah mini market yang semakin berkembang perniagaannya untuk menampung pasaran yang semakin bertambah.

2. Hasil pertanian bertambah

Migrasi yang berlaku ini telah menyababkan hasil pertanian telah bertambah disebabkan oleh pertambahan penduduk dan pembukaan kawasan pertanian. Keadaan ini telah menghasilkan lebih banyak jumlah pengeluaran terutamanya hasil tembakau dan sayur-sayuran.

B)Kesan negatif

1) Masalah perumahan

Migrasi dalaman juga memberi kesan yang negatif seperti masalah perumahan. Oleh sebab terdapat ramai penduduk berpindah dari daerah lain maka keperluan kepada rumah sewa semakin meningkat. Sedangkan Kampung Jubakar Darat tidak ada banyak rumah sewa yang hendak disewakan. Ini menyebabkan berlaku persaingan untuk menyewa rumah dan mengakibatkan sewa rumah menjadi mahal.

2) Masalah sosial

Kesan negatif yang seterusnya ialah masalah sosial. Hal ini sebenarnya disebabkan oleh masalah yang ditimbulkan oleh pekerja asing yang dibawa oleh penduduk kampung untuk bekerja dalam sektor pertanian. Keadaan ini telah menyebabkan penduduk asing semakin bertambah di kawasan kampung saya. Mereka ini kadang kala telah menimbulkan masalah sosial seperti kes pecah rumah ,penculikan, perompakan dan mengganggu anak gadis di kampung saya.

3. Peluang pekerjaan terhad

Kesan negatif yang terakhir ialah peluang pekerjaan terhad. Kemasukan terlalu ramai penduduk dalam kalangan penduduk kawasan sekitar dan warga asing telah telah menyebabkan berlaku persaingan mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk kampung saya. Apabila berlakunya persaingan ini akan menyebabkan berlakunya masalah pengangguran.

Saya berharap walaupun penduduk kampung berusaha untuk meningkatkan taraf hidup, kemakmuran kampung juga perlu dipelihara. Penduduk kampung perlulah saling bekerjasama untuk memastikan keadaan kampung sentiasa selamat untuk dihuni. Perlu wujudkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kampung daripada sebarang masalah sosial daripada terus berlaku. Walau bagaimana pun saya bersyukur kerana kampung saya masih lagi aman dan selamat untuk dihuni dan akhir sekali saya amat bertuah kerana menpunyai ayah dan ibu yang bekerja sebagai kakitangan kerajaan iaitu guru.

Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian

Organization Chart

Cadangan Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman

Bagi memastikan keadaan kampung saya ini selamat daripada sebarang masalah beberapa tindakana boleh diambil. Antaranya ialah :-

Membina petempatan baru

Untuk mengatasi kesan migrasi dalaman yang berlaku di Kampung Jubakar Darat ialah dengan membina petempatan baru untuk kemudahan mereka yang berpindah ke sini boleh menyewa terutamanya bagi sektor kerajaan seperti guru, kerani dan pegawai perubatan.

Mewujudkan kemudahan kesihatan , keselamatan dan pendidikan

Pihak kerajaan atau AJK kampung perlulah memastikan kemudahan kesihatan, keselamatan dan pendidikan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Tujuan pertumbuhan balai polis, balai bomba dan hospital ialah untuk membasmi penjenayah, menyelamatkan orang ramai dan mengubati orang yang memerlukan pertolongan. Keadaan ini juga sangat penting bagi memastikan golongan muda atau belia tidak berpindah atau meninggalkan kampung dan berhijrah ke kawasan bandar.

Wujudkan Rukun Tetangga

Rukun tetangga ini perlu diwujudkan di kampung saya untuk memastikan kawasan kampung sentiasa selamat daripada masalah sosial seperti pecah rumah. Giliran bertugas dan jaga malam perlu di lakukan oleh penduduk kampung bagi memastikan keadaan kampung sentiasa terkawal terutamanya pada waktu malam.

Wujudkan Peluang Pekerjaan

Bagi mengatasi masalah pengangguran pihak kerajaan perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk seperti membina kilang-kilang kecil dan sederhana seperti kilang memproses sos, kicap, budu dan sebagainya. Dengan mewujudkan kilang-kilang ini, golongan belia dapat memperolehi pendapatan tetap. Keadaan ini penting bagi mengatasi masalah sosial yang diwujudkan oleh mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.

Walaupun wujudnya kesan negatif ke atas migrasi dalaman di Kampung Jubakar Darat namun saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan dengan kerjasama daripada penduduk tempatan. Oleh itu segala masalah dapat diatasi dengan kerjasama semua penduduk di kawasan ini. Saya sebagai penduduk juga berasa amat bangga kerana melalui langkah-langkah yang dilakukan , masalah dan kesan negatif lain dapat dikurangkan. Kita perlu sedar bahawa kampung ini merupakan tempat tinggal bagi saya sehingga saya menghembuskan nafas yang terakhir. Justeru, saya amat mengharapkan agar semua individu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjaga kampung ini daripada sebarang masalah yang dihadapi. Semangat kerjasama dan tolong menolong perlu ada dalam setiap diri penduduk kampung saya ini.

Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian

Organization Chart

Jenis pekerjaan penduduk di Kampung Jubakar Darat

JENIS PEKERJAAN

PERATUS PEKERJA

Pengurus bank

2

Buruh

20

Guru

3

Polis

5

Peniaga

10

Petani

50

Kakitangan swasta

6

Lain-lain

4

Jadual dan graf menunjukkan jenis pekerjaan penduduk di Kampung Jubakar Darat. Seramai 8 peratus penduduk di Kampung Jubakar Darat adalah kakitangan kerajaan seperti guru dan polis.

Kampung Jubakar Darat ialah kawasan kegiatan pertanian. Oleh itulah, separuh daripada penduduk Kampung Jubakar Darat ialah petani.

Golongan belia yang ingin mendapat pendapatan lumayan telah pekerja sebagai pengurus bank, peniaga dan kakitangan swasta seperti arkitek, pengurus hotel dan sebagainya.

Rumusan

Migrasi ini sememangnya merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Apa yang penting migrasi ini perlu dikawal supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada penduduk kampung. Sebagai contoh, kemasukan warga asing yang keterlaluan boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial kepada penduduk kampung. Di samping itu, golongan belia digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang amat berharga untuk membangunkan kawasan kampung saya.Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di Kampung Jubakar Darat iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke luar bandar. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajaran ke bandar-bandar lain, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang- undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan.

Kajian yang telah saya jalankan juga menunjukkan bahawa Kampung Jubakar Darat mempunyai migrasi dalaman yang unik dan komposisi penduduk yang berbilang kaum. Komposisi penduduk yang berbilang kaum seperti kaum Melayu kaum Siam dan kaum Cina. Secara am, kaum Siam di sini ada paling banyak sehingga mengatasi kaum Melayu kerana di sini ialah petempatan orang Siam. Kedudukan kawasan kajian membolehkan mereka pergi ke tempat karja dengan mudah. Namun begitu, ada juga yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas untuk ke tempat kerja.

Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur Saya juga berasa amat bertuah kerana penduduk di kampung ini hidup dalam aman dan damai tanpa konflik. Mereka mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain. Mereka sering kali mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti perpaduan yang dijalankan. Mereka juga saling bekerjasama antara satu sama lain. Malahan, mereka juga saling mengambil berat antara satu sama lain sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang terkenal di mata dunia.

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa

Jalan atas Banggol,Kota Bharu,Kelantan.

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS GEOGRAFI 2010

Nama : _____________________ Umur : ___________________

Alamat : _________________________________________________

Arahan : Bulatkan pada jawapan yang sesuai

1. Jenis pekerjaan penduduk

A. Pengurus Bank B. Buruh C. Guru D. Polis E.Peniaga

F. Petan G.Swasta H.Lain-lain

2. Amalan migrasi yang dilakukan oleh ahli keluarga

A. Gua Musang B. Jeli C. Kota Bharu

D. Luar Kelantan E. Luar Negara

3. Kesan migrasi kepada keluarga

A.Tanah terbiar B.Menambah pendapatan C.Kemudahan asas lebih baik

D. Mengurangkan pengangguran E. Memupuk kesedaran pentingnya pekerjaan

F. Memupuk sikap berjimat cermat G. Menggalakkan daya kreativiti dan inovasi

Rujukan

a) Buku

1. Buku teks Geografi Tingkatan 2. Cetakan Rina Sdn,Bhd .Petaling Jaya Selangor.

2. Focus Ace PMR Geografi. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

b) Internet

1. www.PelangiBooks.com

2. http://www.statistics.gov.my/bm

3. http://en.wikipedia.org/wiki/World_population

1 comment: