the Mr Bean

Saturday, March 12, 2011

kerja kursus PSK tingkatan 2


Penghargaan

Saya sangat bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini dalam masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada banyak pihak yang membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang berada di bawah seorang pengetua yang dedikasi iaitu Choo Kheng Pin kerana kemudahan yang disediakan telah memudahkan saya dan rakan-rakan membuat rujukan serta penyelidikan dengan senang.

Selain itu, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang dihormati iaitu En Sabarrudin. Beliau telah banyak membantu saya dan rakan-rakan seperjuangan dalam menyiapkan folio ini. Dorongan serta tunjuk ajar beliau telah menaikkan semangat saya untuk menyiapkan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini dengan bersungguh-sungguh.

Dalam menyiapkan folio ini, ada orang yang paling saya sayangi turut sama membantu saya. Mereka ialah ibubapa saya iaitu Phon A/L Eh Ghee dan Wee Chwee Hong. Mereka banyak membantu saya dari segi kewangan dan pencarian maklumat. Mereka juga turut memberi idea dan tunjuk ajar kepada saya untuk memantapkan maklumat dalam penghasilan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada jiran-jiran saya iaitu Encik Ong Kin Being dan Encik Leong Heng Swee yang telah banyak memberikan kerjasama dalam kerja kursus ini.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan terutama sahabat baik saya iaitu Chuink Kai Chui, Chew Wei Sin, Lua Cheong Aik, Aris Saran dan Ong Kevin. Mereka banyak membantu saya dengan memberi sokongan serta dorongan untuk menaikkan semangat dalam menghasilkan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang berkualiti dan bermutu.

Pendahuluan

Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) Tingkatan Dua bagi tahun 2010 yang bertajuk “Kenali Jiran Anda”. Saya menjalankan kajian di kawasan kediaman saya. Saya telah mengambil masa selama dua minggu bagi menyiapkan tugasan ini. Saya merujuk kepada buku teks PSK dan internet. Selain itu, saya telah menjalankan temu bual dengan jiran saya.

Melalui kajian ini, saya berharap dapat mengetahui dan mengenali dengan lanjut dan rapat dengan jiran saya. Saya telah menemu bual beberapa orang jiran saya dan mengambil biodata mereka.

Saya telah mencatatkan segala maklumat yang saya perolehi daripada temu bual tersebut. Saya telah berusaha sedaya upaya bagi memporehi maklumat-maklumat jiran-jiran saya untuk menyempurnakan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Dengan ini, saya berpendapat bahawa jiran merupakan orang yang paling rapat dan dekat dengan kita. Mereka akan membantu apabila berlaku kesusahan dan sentiasa memberi sokongan. Walaupun ada juga jiran yang mementingkan diri tetapi bukan semua orang bersikap demikian.

Akhir sekali, saya berharap agar kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini akan mendatangkan faedah dan manfaat kepada saya dan rakan-rakan saya yang lain dalam usaha memupuk semangat kejiranan dan sekaligus mewujudkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Objektif kajian

Pelbagai objektif yang boleh saya dapat dalam menghasilkan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini. Antara objektif kajiannnya ialah:

v Mengenali jiran sepenuhnya

v Mengeratkan hubungan silaturahim sesama jiran

v Mengenali dan mengetahui latar belakang keluarga jiran dengan lebih mendalam

v Memupuk perpaduan dalam masyarakat

v Bekerjasama dan saling membantu dalam kehidupan harian

Definisi Kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan

sesuatu perkara.

Keluarga Ong

Ayah

Nama : Ong Kin Being

Umur : 53 tahun

Pekerjaan : Jurutera awam

Ibu

Nama : Chang Kim Lan

Umur : 45 tahun

Pekerjaan : Jurutera awam

Anak pertama

Nama : Ong Mau Ginn

Umur : 23

Hobi : menonton televisyen

Anak kedua

Nama : Ong Yik Loong

Umur : 21

Hobi : Bermain badminton

Anak ketiga

Nama : Ong Chyi Siang

Umur : 18

Hobi : membaca

Anak keempat

Nama : Ong Kevin

Umur : 14

Lahir : 17/9/1996

Hobi :bermain permainan video

Keluarga Leong

Ayah

Nama : Leong Heng Swee

Umur : 49

Pekerjaan : Penjual

Hobi : Melancong

Ibu

Nama : Yong Cho Tao

Umur : 45

Pekerjaan : Kerani

Hobi : Membeli-belah

Anak

Nama : Leong Fang Yin

Umur : 14 tahun

No K.P : 960623-63-6199

Hobi : Melayari internet

Biodata Kejiranan

Saya telah menemu bual dua orang jiran berdekatan rumah saya. Mereka ialah Ong Kin Being dan Leong Heng Swee.

Jiran yang pertama saya temu bual ialah Ong Kin Being. Beliau sudah berumah tangga dan telah mempunyai empat cahaya mata. Isteri beliau bernama Chang Kim Lan. Ong Kin Being kini berusia 53 tahun manakala isterinya berusia 45 tahun. Pasangan suami isteri ini mempunyai pekerjaan yang sama iaitu sebagai jurutera awam. Anaknya yang keempat iaitu Ong Kevin belajar di kelas yang sama dengan saya.

Leong Heng Swee ialah jiran yang kedua saya temu bual. Beliau juga sudah berumah tangga dan mempunyai seorang anak. Isterinya bernama Yong Cho Tao. Leong Heng Swee kini berusia 49 tahun manakala isterinya berusia 45 tahun. Leong Heng Swee bekerja sebagai penjual dan hobinya ialah melancong ke luar negara. Isterinya pula bekerja sebagai kerani dan suka pergi membeli-belah selepas tamat kerja. Leong Fang Yin juga merupakan kawan sekelas saya.

Cara-cara mengenali jiran

Justeru itu, pelbagai langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawatak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.

Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan

dengan lebih erat lagi.

Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan

penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.

Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.

Aktiviti bersama jiran

Aktiviti bersama jiran juga penting untuk kita merapatkan atau mengeratkan silaturahim bersama jiran. Banyak aktiviti boleh kita lakukan bersama jiran. Contoh aktiviti bersama jiran ialah bergotong-royong, berkelah dan beriadah bersama.

Gotong-royong membersih kawasan kediaman merupakan aktiviti kemasyarakatan. Kita boleh mengadakan aktiviti gotong-royong pada hari minggu untuk mencegah penyakit demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Gotong-royong bukan sahaja dapat mencegah penyakit bahaya malah boleh mengisi masa lapang. Sekiranya terdapat majlis kenduri kendara atau kematian kita harus melapangkan masa bergotong-royong membantu jiran. Pada saat-saat beginilah tenaga jiran-jiran sangat diperlukan.

Aktiviti yang seterusnya ialah berkelah bersama jiran ke air terjun, kawasan pergunungan atau pinggir pantai. Semasa perkelahan, kita boleh bertanya khabar atau berbual-bual tentang latar belakang mereka dengan lebih lanjut. Kita juga boleh menjamu selera bersama untuk merasa masakan daripada keluarga yang berbeza. Dengan itu, kita boleh menghilangkan stress di tempat kerja atau perasaan bosan dengan mengadakan aktiviti perkelahan.

Beriadah bersama-sama jiran di taman juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh dilakukan bersama jiran. Aktiviti beriadah memberi banyak kebaikan. Beriadah dapat menyihatkan badan kita dan menenangkan fikiran di taman yang kehijauan. Kerajaan menggalakkan semua rakyat mengadakan aktiviti beriadah demi melahirkan rakyat yang sihat.

Saya berharap semua orang melakukan aktiviti bersama jiran seperti gotong-royong supaya rakyat Malaysia menjadi orang yang suka bekerjasama, saling bantu membantu dan hidup secara harmoni.

Rumusan

Melalui kajian yang dijalankan ini, saya telah dapat mengetahui erti kejiranan dengan lebih mendalam. Jiran merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga sendiri.

Tanpa erti kejiranan tiadalah erti tolong-menolong, pada waktu itulah dunia ini akan menjadi kelam-kabut. Oleh itulah, kita harus mempertahankan dan memperkenalkan erti kejiranan kepada golongan belia.

Pada era globalisasi ini, jiran yang suka tolong-menolong, baik hati dan murah hati semakin berkurangan. Oleh itu ibu bapa harus menyemaikan nilai-nilai murni seperti baik hati, bertolak ansur, kerjasama dan saling hormat-menghormati dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Kewujudan institusi keluarga yang berharmoni dengan jiran akan melahirkan masyarakat yang harmonis dan seterusnya lahir sebuah negara yang aman damai.

Saya berharap pihak kerajaan mengambil langkah dengan mengadakan kempen kejiranan dan menganjurkan aktiviti yang releven untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya semangat kejiranan.

Akhir sekali, saya berasa amat berpuas hati atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberi oleh semua pihak telah membantu saya menyiapkan kerja kursus Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pada masa yang ditetapkan.

Rujukan

· Buku

1) Chong Yoon Choi, Nordin bin Abu Bakar (2005), Buku teks Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan, Kuala Lumpur : Arus Intelek Sdn Bhd

2) Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia (2003). Wawasan 2020. Kuala Lumpur : Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia.

3) Wan Halim Othman (1991). Pendidikan Sivik Bagi Belia, The Konrad Adenauer Foundation / Institut Kajian Dasar.

· Internet

1) http://cikgutancl.blogspot.com/2008/07/karangan-spm-langkah-memupuk-semangat-kejiranan.html

2) http://www.scribd.com/doc/494129/Sivik-Tingkatan

· Orang Sumber

1. Ong Kin Being

2. Leong Heng Swee

Lampiran

5 comments:

  1. wah ni from skolah smjk chung hwa kelantan ker??? skrg dah tukar pengetua dah... skrg Lim Pui Ling... anyways thanks for this folio... ^^

    ReplyDelete
  2. Thx alot
    I use it in my Sivik Project very much

    ReplyDelete